Deepavali Outreach Program e-Usahawan (Berniaga Secara Digital)
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniDeepavali Outreach Program merupakan program anjuran Maxis dengan usahasama Pusat Internet PPR Intan Baiduri bersama Pusat Internet Wilayah Tengah dan Sukarelawan Maxis. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif amal sempena musim Deepavali. Program ini menerapkan ilmu pengetahuan tentang pemasaran digital kepada warga komuniti yang penyertai bengkel. Komuniti PPR Intan Baiduri yang terdiri daripada warga India dan terdapat juga warga lain seramai 30 orang telah menyertai bengkel ini. Program ini berlangsung di Bilik Latihan PI PPR Intan Baiduri 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi.
Antara skop program:
1. Pembikinan akaun Facebook.
2. Pembikinan akaun Instagram.
3. Teknik pengambilan foto produk dengan menggunakan Studio Photo Box.
Antara tujuan program:
1. Melengkapkan para usahawan tempatan dengan alat digital dengan tujuan pemasaran.
2. Melatih para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui laman sosial.
Program turut dimeriahkan dengan kedatangan VIP daripada pihak Maxis dan Komuniti PPR Intan Baiduri:
Mariam Bevi Batcha (Ketua Pegawai Hal Ehwan Korporat Maxis)
En Rashid Abd Samad (Ketua Penduduk PPR Intan Baiduri)
En Bala (Ketua Komuniti India PPR Intan Baiduri)
Pn Zariah Ali (Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: